BloggesT-

A fifth-generation jet fighter in the world

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

.

loading...

Sunday 14 August 2016

Tapak tangan lelaki yg perlu anda tahu....

Oleh Feyra Nasrom Sumber mediasosialkini.blogspot

Korang mesti tak tahu disebalik jenis tapak tangan lelaki sebenarnya ada maksud-maksud tersirat. Khas buat kaum wanita, kalau korang nak tahu pasangan , teman rapat atau kawan korang seorang yang macam mana, haa jom ketahui apa 4 rahsia tapak tangan lelaki ini. Hihi

1)Fire Hand

 

 Fire hand? Haa maksud tapak tangan jenis Fire hand ni adalah tapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari yang pendek. Bagi kaum lelaki yang mempunyai tapak tangan jenis Fire hand ni adalah seorang lelaki yang cepat gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang panjang. Lelaki ini mempunyai keperibadian tinggi dan mudah bergaul dengan orang disekeliling dan mempunyai ramai teman rapat. Selain itu, lelaki ini seorang yang suka akan perkara yang bertentangan dan sanggup mengeluarkan tenaganya sendiri.

2) Water Hand

 
Tapak tangan berbentuk panjang dan jarinya juga panjang. Ketahuilah lelaki ini seorang yang baik hati, sabar dan gemar membaca. Mereka juga mudah tersenyum dan tenang.

 
3) Earth Hand


Senang sahaja. Tangan si dia akan berbentuk bujur dan mempunyai jari jemari yang pendek, Lelaki jenis ini bersikap konservatif, pemikiran tinggi terutama hal-hal berkaitan kestabilan dalam hidup. Dia juga seorang yang gemar memasak dan bijak menghiasi makanan dan hidangan. Kalau korang jumpa lelaki jenis tapak tangan ini, kemungkinan besar mereka sudah memiliki rumah, kereta dan kehidupan yang stabil.

4) Air Hand

 
Tapak tangan berbentuk jujur dan memiliki jari yang panjang. Kebanyakan mereka jenis yang suka melancong di dalam atau luar negara. Seorang yang sangat teratur,suka berbual dengan bijak dan mudah tertarik terhadap seseorang. Mereka juga seorang yang mudah mempelajari sesuatu dan berwawasa
Share:

Friday 12 August 2016

Gempar.... Ubat Hospital Boleh Menyebabkan Lemah Tenaga Batin....

Terdapat pelbagai jenis ubat moden dan dadah yang mempengaruhi daya berahi dan seksual and dan berikut adalah senarai ubat yang boleh menyebabkan mati pucuk dan lemah tenaga batin.

Lemah+Tenaga+Batin
Gambar hiasan.

Senarai ini dikeluarkan oleh fakulti perubatan Harvard University.

*NOTA: Ubat yang berkaitan masalah Tekanan Darah Tinggi dan Kencing Manis adalah yang paling banyak kami terima panggilan telefon dari pesakit yang risau kerana lemah daya seksual apabila mengambilnya dalam tempoh lebih dari 3-minggu dan berterusan.

Adakah doktor anda memberitahu tentang kesan sampingan?

Ubat Anti-Kemurungan
  • Amitriptyline (Elavil)
  • Amoxapine (Asendin)
  • Buspirone (Buspar)
  • Chlordiazepoxide (Librium)
  • Chlorpromazine (Thorazine)
  • Clomipramine (Anafranil)
  • Clorazepate (Tranxene)
  • Desipramine (Norpramin)
  • Diazepam (Valium)
  • Doxepin (Sinequan)
  • Fluoxetine (Prozac)
  • Fluphenazine (Prolixin)
  • Imipramine (Tofranil)
  • Isocarboxazid (Marplan)
  • Lorazepam (Ativan)
  • Meprobamate (Equanil)
  • Mesoridazine (Serentil)
  • Nortriptyline (Pamelor)
  • Oxazepam (Serax)
  • Phenelzine (Nardil)
  • Phenytoin (Dilantin)
  • Sertraline (Zoloft)
  • Thioridazine (Mellaril)
  • Thiothixene (Navane)
  • Tranylcypromine (Parnate)
  • Trifluoperazine (Stelazine)

Ubat Alahan jenis Antihistamine
(termasuk ubat sakit ulu hati, lelah dan gatal-gatal)
  • Cimetidine (Tagamet)
  • Dimenhydrinate (Dramamine)
  • Diphenhydramine (Benadryl)
  • Hydroxyzine (Vistaril)
  • Meclizine (Antivert)
  • Nizatidine (Axid)
  • Promethazine (Phenergan)
  • Ranitidine (Zantac)

Ubat Tekanan Darah Tinggi dan Julap
  • Atenolol (Tenormin)
  • Bethanidine
  • Bumetanide (Bumex)
  • Captopril (Capoten)
  • Chlorothiazide (Diuril)
  • Chlorthalidone (Hygroton)
  • Clonidine (Catapres)
  • Enalapril (Vasotec)
  • Furosemide (Lasix)
  • Guanabenz (Wytensin)
  • Guanethidine (Ismelin)
  • Guanfacine (Tenex)
  • Haloperidol (Haldol)
  • Hydralazine (Apresoline)
  • Hydrochlorothiazide (Esidrix)
  • Labetalol (Normodyne)
  • Methyldopa (Aldomet)
  • Metoprolol (Lopressor)
  • Nifedipine (Adalat, Procardia)
  • Phenoxybenzamine (Dibenzyline)
  • Phentolamine (Regitine)
  • Prazosin (Minipress)
  • Propranolol (Inderal)
  • Reserpine (Serpasil)
  • Spironolactone (Aldactone)
  • Triamterene (Maxzide)
  • Verapamil (Calan)

Di antara ubat anti-tekanan darah tinggi, ubatan dari golongan Thiazides adalah penyebab lazim mati pucuk, dan diikuti oleh jenis Beta-blockers. 

Ubatan jenis Alpha-blockers secara am tidak mendatangkan masalah mati pucuk.

Ubat Nyanyok @ Parkinson's Disease
  • Benztropine (Cogentin)
  • Biperiden (Akineton)
  • Bromocriptine (Parlodel)
  • Levodopa (Sinemet)
  • Procyclidine (Kemadrin)
  • Trihexyphenidyl (Artane)

Ubat Barah dan Hormon
  • Antiandrogens (Casodex, Flutamide, Nilutamide)
  • Busulfan (Myleran)
  • Cyclophosphamide (Cytoxan)
  • Ketoconazole
  • LHRH agonists (Lupron, Zoladex)

Lain-lain Ubat
  • Aminocaproic acid (Amicar)
  • Atropine
  • Clofibrate (Atromid-S)
  • Cyclobenzaprine (Flexeril)
  • Cyproterone
  • Digoxin (Lanoxin)
  • Disopyramide (Norpace)
  • Estrogen
  • Finasteride (Propecia, Proscar, Avodart)
  • Furazolidone (Furoxone)
  • H2 blockers (Tagamet, Zantac, Pepcid)
  • Indomethacin (Indocin)
  • Lipid-lowering agents
  • Licorice
  • Metoclopramide (Reglan)
  • NSAIDs (Ibuprofen, etc.)
  • Orphenadrine (Norflex)
  • Prochlorperazine (Compazine)
  • Pseudoephedrine (Sudafed)

Ubat Penahan Sakit
  • Codeine
  • Fentanyl (Innovar)
  • Hydromorphone (Dilaudid)
  • Meperidine (Demerol)
  • Methadone
  • Morphine
  • Oxycodone (Oxycontin, Percodan)

Dadah
  • Alcohol
  • Amphetamines
  • Barbiturates
  • Cocaine
  • Marijuana
  • Heroin
  • Nicotine

Rujukan:
  • McVary KT. Clinical practice: Erectile dysfunction. N Engl J Med. 2007;357:2472-2481.


Sumber artikel:.sentiasapanas
Share:

Terbaru.. Rekaan yg menarik....KODOK

Terbaru rekaan yang direka oleh penduduk KG Seri Karangan.... Mempunyai 9 gears.... 4 gears motor... Mempunyai gearbox kereta... Kenderaan ini juga mempunyai gears reverse...
Kenderaan ini dinakamakan KODOK

Kenderaan ini juga mempunyai treler tersendiri... Treler ini dibuat dan direka sendiri..

Boleh memuatkan barang yang berat dan panjang...


Share:

Thursday 11 August 2016

Terbaru... Siapakah isteri Muhammad Hakim Azhar

Muhammad Hakim Azhar, lelaki warga Malaysia tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [4]

Semuanya selepas kisahnya berjaya menambat hati sekaligus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.

Dia pada mulanya hanya meminta untuk bergambar bersama apabila melihat wanita cantik dari Thailand ketika menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu, ketika itu Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya, 39, atau nama Islamnya Aisya bersama rakan yang turut menyertai pertandingan itu mewakili Thailand.

Sudah jodohnya, wanita itu yang sebenarnya pelakon popular Thailand menjadi isterinya apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.

“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida

“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.

“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.

Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [2]

"Keluarga angkat saya Datuk Abdul Fatah yang banyak membantu dalam pengurusan perkahwinan saya yang mempunyai pertalian saudara dengan kerabat Perlis," katanya.

Mengenai perbezaan usia 14 tahun dengan isterinya, ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, Muhammad Hakim berkata semua itu tiada masalah kerana mereka berkomunikasi dengan baik dalam semua perkara.

"Perbezaan usia tiada masalah bagi kami sebab tiada rasa jurang usia dan kami berkomunikasi dengan baik dalam semua benda.

"Anak-anak juga boleh menerima saya dengan baik kerana saya boleh melayan kerenah budak kecil. Mungkin juga mereka perlukan perhatian daripada seorang ayah.

"Dari segi budaya dan adat perkahwinan juga ada persamaan seperti merenjis dan saling berbalas hantaran. Cara hidupnya, saya dan keluarga boleh terima dengan hati terbuka selagi tidak lari daripada ajaran Islam.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [3]

"Memandangkan saya baru berpindah ke Bangkok sejak tiga minggu lalu, saya masih belajar mengenai budaya Thai," katanya yang tidak menghalang isterinya meneruskan karier lakonan.

Dia juga akan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok.

Aisya popular menerusi drama bersiri Angel DestinyKamin Kub PoonHuk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme GameTaek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.

Sumber artikel: sentiasapanas
Share:

Panas..... Spesifikasi dan harga OPPO F1s....

OPPO F1s merupakan telefon pakar selfie yang memiliki kamera selfie sehebat F1 Plus, dengan harga yang lebih rendah. 

OPPO F1s - Selfie+Expert

Dari segi spesifikasi yang ditawarkan, OPPO F1s memiliki sistem kamera serta saiz paparan yang sama dengan Oppo F1 Plus, namun beberapa bahagian telah diturun taraf seperti prestasinya, memori dan resolusi skrin bagi merendahkan harganya. 

Terdapat tiga model dalam keluarga Selfie Expert iaitu OPPO F1, OPPO F1 Plus, dan OPPO F1s.

Rekaannya juga hampir sama untuk kedua-dua model ini dengan skrin sebesar 5.5 inci dan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Gold, Rose Gold dan Gray.

Kamera Yang Hebat

Ia dilengkapi kamera selfie 16MP f/2.0, bersama aplikasi Beautify 4.0 memastikan tangkapan selfie sentiasa menawan dan boleh merakam video 1080p.

Kamera belakangnya pula 13MP f/2.2 disertakan LED Flash dan autofokus, sama seperti dua model terdahulu iaitu 13 MP dengan apertur seluas F2.0. 

3 Slot Kad

Satu perkara yang menarik, OPPO F1s mempunyai tiga slot kad yang menyokong dua kad sim bersaiz nano, dan satu kad mikroSD. Tidak perlu bertukar kad sim dan kad mikroSD lagi. 

Bateri

Baterinya lebih besar dan telah dipertingkat 3,075mAh tetapi tidak datang bersama pengecas pantas VOOC.

Memori

Kuasa dalamannya digerakkan oleh CPU Mediatek 6750 8-teras, bersama 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. 

Skrin

OPPO-F1s---Selfie+Expert-[2]

Skrin IPS pada F1s sebesar 5.5-inci, dengan resolusi HD 1280×720 sahaja. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 4 dengan sisi melengkung 2.5D.

Pengimbas cap jari

Pengimbas cap jari pada OPPO F1s terletak di depan, turut bertindak sebagai butang Home. Pengimbas capjari ini boleh ditetapkan untuk melancarkan aplikasi berbeza, apabila jari berlainan diimbas.

Harga OPPO F1s

OPPO F1s dijual di Malaysia pada harga RM1,198 dan boleh didapati dalam dua warna, Emas dan Emas Ros. Tempahan kini dibuka sehingga 19 Ogos, dan akan mula dihantar pada 20 Ogos.

Ia juga akan mula dijual di kedai dan pengedar sah OPPO pada 20 Ogos 2016.

Di Indonesia, yang telah menerima OPPO F1s lebih awal, harga runcit di sana adalah 3,799,000 juta rupiah Indonesia iaitu sekitar RM1,167.

Perbandingan antara Oppo F1s dan Oppo F1 Plus

Spesifikasi OPPO F1s

Tempahan Awal

Tempoh tempahan OPPO F1s adalah antara 8 hingga 19 Ogos ini. Berkunjunglah ke laman promosi tempahan OPPO F1s untuk maklumat lanjut.

Sumber artikel: sentiasapanas
Share:

Panas.... Apakah hotel yg terbesar di dunia yg menggantikan First World Hotel Malaysia??

Hotel Abraj Kudai, yang kini dalam pembinaan berhampiran bandar suci Makkah, Arab Saudi akan memiliki 10,000 bilik, 70 restoran, 12 menara dan empat pad helikopter akan menjadi yang terbesar di dunia.

Abraj Kudai

Pembinaan hotel itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan kos membinanya dikatakan mencecah hampir RM14 bilion.

Dibina di kawasan padang pasir seluas 4.5 juta meter persegi, Abraj Kudai akan mempunyai menara setinggi 45 tingkat.

Ia akan dibuka kepada orang awam bagaimanapun, lima tingkat akan dikhususkan kepada keluarga diraja Saudi jika mereka mahu menginap di situ.

Abraj Kudai [2]

Di pekarangan hotel itu akan terdapat sebuah stesen bas, pusat beli-belah, restoran, gerai makanan, pusat persidangan dan tempat letak kereta.

Di bawah kubah besar dua daripada menara itu akan menempatkan sebuah dewan dan pusat konvensyen.

Sepuluh daripada menara berkenaan akan menyediakan layanan empat bintang sementara dua lagi lima bintang, khusus untuk pelanggan eksklusif.

Ketika ini, hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik ialah First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia, yang mempunyai 7,351 kamar, diikuti MGM Grand di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 6,198 bili

Sumber artikel:sentiasapanas
Share:

Wednesday 10 August 2016

Terbongkar.... Umur sebenar isteri Rashid Hussain

Berikutan heboh dan gempar sangat bila disebarkan gambar pengasas RHB berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, akhirnya anak tampil memberikan penjelasan sebenar.

Tan Sri Rashid Hussain

Hairan sangat dengan Malaysia ni berikutan gambar-gambar perkahwinan pengasas RHB Bank Tan Sri Rashid Hussain yang melangsungkan perkahwinan pada awal bulan ini telah tersebar di laman sosial, mendakwa isteri yang dinikahinya berumur 19 tahun.

Sejak timbulnya dakwaan itu, satu penjelasan telah dibuat, menyatakan bahawa isteri usahawan berusia 70 tahun itu, Puan Sri Yang Amylia Hani, sebenarnya telah berusia lewat 40-an.

Penjelasan dibuat oleh anak perempuannya yang berusia 19 tahun di Twitter, menyatakan bahawa umur ibunya, Yang Amylia sudah menjangkau lewat 40-an, memegang ijazah undang-undang dan mempunyai lesen pengajar kecergasan. Korang ada?

Tan Sri Rashid Hussain [2]
Tan Sri Rashid Hussain [3]
Tan Sri Rashid Hussain [4]
Tan Sri Rashid Hussain [5]
Tan Sri Rashid Hussain [6]
Tan Sri Rashid Hussain [7]

Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mencemuh dan menuduh yang bukan-bukan kepada ibunya. Ada yang cakap sebab duit dan sebagainya padahal mereka berkahwin kerana cinta.

Nak dia kata jangan sebar fitnah, takut ada pulak yang melenting kan. Bijak.. 

Tan Sri Rashid Hussain [8]

Ada yang cakap berumur 45 tahun dan ada yang cakap 42 tahun, janji bukan seperti yang diviralkan!

Harap menjawablah persoalan yang bermain di fikiran tukang sebar tu ye.. 

Orang nak kahwin gadis umur 19 tahun pun salah ke? Berdosa ke? Masuk neraka ke? Itu dia punya suka la. Kalau memang mampu dan tidak dipaksa. Adoooi malaysia tanahairku...
Sumber;sentiasa panas
Share:
loading...

Artikel Terbaru

Labels

Translate

Labels

Babab.NeT-

Jumlah PelawaT