BloggesT-

.

loading...

Tuesday, 2 August 2016

Bagaimanakah wanita dipermainkan oleh lelaki?


Bukan mudah untuk bertemu dengan seseorang yang benar-benar tulus mencintai. Golongan wanita terutamanya senang sangat menjadi mangsa permainan lelaki.

Bila tengah asyik bercinta, wanita sanggup berkorban apa sahaja termasuk menggadaikan maruah dan alpa dengan akibatnya.

Untuk wanita diluar sana, anda mungkin tergolong dalam 5 ciri ini !!


1. Terlalu Lemah-Lembut

Sikap lemah lembut tu bagus tapi kalau ikut je sampai pasangan buat salah pun anda hanya diam dan menurut je cakap mereka susah la. Memang anda akan selalu kena tipu.



2. Jenis bersahaja pun tak boleh !!

Wanita jenis bersahaja ni biasanya senang termakan pujuk rayu lelaki. Ikut je apa mereka suruh. Lelaki pula anggap wanita jenis bersahaja ni jenis yang tak kisah.


3. Jenis Lurus Bendul

Wanita jenis lurus bendul sering menjadi kegemaran lelaki untuk dijadikan mangsa. Wanita lurus bendul ni jenis percaya je apa orang cakap dan jenis mengikut telunjuk.


4. Jenis Terlalu Mudah Percaya

Banyak kes penipuan wang menjadikan wanita sebagai mangsa. Baru kenal sebulan dah sanggup serahkan macam-macam. Dek kerana terdesak nak ada pasangan, ada wanita yang sanggup buat apa saja dan mudah percaya.


5. Jenis Terlalu Pendiam


Terlalu pendiam pun tak boleh. Apa je pasangan anda buat anda biarkan je dan berdiam diri. Macam tak ada hati dan perasaan la pulak. Jika anda jenis pendiam je, memang lelaki anggap anda ni macam tak pernah wujud.


Share:
loading...

Artikel Terbaru

Labels

Translate

Labels

Babab.NeT-

Jumlah PelawaT