Zlatan Ibrahimovic memang menakjubkan - Rashford
MARCUS Rashford berkata banyak yang masih perlu dipelajarinya selepas melihat rakan sepasukan baharu di Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, dari dekat buat kali pertama.
Lepasan akademi United itu menempa nama di bawah Louis van Gaal musim lalu apabila menjaringkan dua gol dalam penampilan sulungnya dalam Liga Europa sebelum membuat jaringan berganda dalam penampilan pertama Liga Perdana menentang Arsenal.
Dia juga menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan ‘derby’ dengan Manchester City, di samping meraih tempat dalam skuad England ke Euro 2016.
Namun, pemain belasan tahun itu berkata dia mengharapkan untuk meningkatkan permainannya setahap lagi beriringan dengan Ibrahimovic.
Bekas penyerang antarabangsa Sweden itu membuat penampilan sulungnya dalam warna-warna United pada Sabtu dalam satu perlawanan persahabatan dengan Galatasaray, yang menyaksikannya menjaringkan gol pertamanya dengan sepakan akrobatik selepas hanya empat minit.
Rashford tidak bergandingan dengan Ibrahimovic, sebaliknya menggantikan pemain itu pada separuh masa, tetapi berkata ia sesuatu yang menakjubkan menonton aksi penyerang berpengalaman itu.
“Ia menakjubkan. Ada kemungkinan kami semua boleh belajar daripadanya sepanjang dia berada di sini,” Rashford memberitahu MUTV selepas kemenangan 5-2 pasukannya.
"Ia satu bantuan yang sangat besar, hanya dengan berada dengannya setiap hari. Ia membantu saya hanya dengan melihat bagaimana dia secara keseluruhannya. Bukan hanya di atas padang, malah di luar padang juga.
“Jadi, banyak yang saya boleh belajar daripadanya, harap-harap saya mampu menerapkan sesetengah perkara yang dilakukannya, ke dalam permainan saya.”
Lepasan akademi United itu menempa nama di bawah Louis van Gaal musim lalu apabila menjaringkan dua gol dalam penampilan sulungnya dalam Liga Europa sebelum membuat jaringan berganda dalam penampilan pertama Liga Perdana menentang Arsenal.
Dia juga menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan ‘derby’ dengan Manchester City, di samping meraih tempat dalam skuad England ke Euro 2016.
Namun, pemain belasan tahun itu berkata dia mengharapkan untuk meningkatkan permainannya setahap lagi beriringan dengan Ibrahimovic.
Bekas penyerang antarabangsa Sweden itu membuat penampilan sulungnya dalam warna-warna United pada Sabtu dalam satu perlawanan persahabatan dengan Galatasaray, yang menyaksikannya menjaringkan gol pertamanya dengan sepakan akrobatik selepas hanya empat minit.
Rashford tidak bergandingan dengan Ibrahimovic, sebaliknya menggantikan pemain itu pada separuh masa, tetapi berkata ia sesuatu yang menakjubkan menonton aksi penyerang berpengalaman itu.
“Ia menakjubkan. Ada kemungkinan kami semua boleh belajar daripadanya sepanjang dia berada di sini,” Rashford memberitahu MUTV selepas kemenangan 5-2 pasukannya.
“Jadi, banyak yang saya boleh belajar daripadanya, harap-harap saya mampu menerapkan sesetengah perkara yang dilakukannya, ke dalam permainan saya.”
Sumber: astro awani