Muhammad Hakim Azhar, lelaki warga Malaysia tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.
Semuanya selepas kisahnya berjaya menambat hati sekaligus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.
Dia pada mulanya hanya meminta untuk bergambar bersama apabila melihat wanita cantik dari Thailand ketika menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu, ketika itu Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya, 39, atau nama Islamnya Aisya bersama rakan yang turut menyertai pertandingan itu mewakili Thailand.
Sudah jodohnya, wanita itu yang sebenarnya pelakon popular Thailand menjadi isterinya apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.
Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.
“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.
“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.
“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.
Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.
Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.
Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
"Keluarga angkat saya Datuk Abdul Fatah yang banyak membantu dalam pengurusan perkahwinan saya yang mempunyai pertalian saudara dengan kerabat Perlis," katanya.
Mengenai perbezaan usia 14 tahun dengan isterinya, ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, Muhammad Hakim berkata semua itu tiada masalah kerana mereka berkomunikasi dengan baik dalam semua perkara.
"Perbezaan usia tiada masalah bagi kami sebab tiada rasa jurang usia dan kami berkomunikasi dengan baik dalam semua benda.
"Anak-anak juga boleh menerima saya dengan baik kerana saya boleh melayan kerenah budak kecil. Mungkin juga mereka perlukan perhatian daripada seorang ayah.
"Dari segi budaya dan adat perkahwinan juga ada persamaan seperti merenjis dan saling berbalas hantaran. Cara hidupnya, saya dan keluarga boleh terima dengan hati terbuka selagi tidak lari daripada ajaran Islam.
"Memandangkan saya baru berpindah ke Bangkok sejak tiga minggu lalu, saya masih belajar mengenai budaya Thai," katanya yang tidak menghalang isterinya meneruskan karier lakonan.
Dia juga akan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok.
Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.
Sumber artikel: sentiasapanas
.
loading...
Thursday, 11 August 2016
Home »
» Terbaru... Siapakah isteri Muhammad Hakim Azhar