BloggesT-

.

loading...

Saturday, 30 July 2016

Aurat Perempuan Dengan Ipar Duai


Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina ?

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat . Walaupun begitu dibenarkan wanita itu tidak memakai stokin dan juga menyising lengan bajunya agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur) .

Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah . Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " Memandang Secara Lain Macam" (pandangan penuh berahi) kepada kakak ataupun adik iparnya. 

Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "makna jahat" ?

Tudung kepala (yang juga menutup lehernya dan dadanya) Tidak Boleh ditanggalkan di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina ini) . 

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam. Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan. Tidak dapat dinafikan, di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . 

Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya. Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu . Tapi bahaya ipar-duai ini juga perlu diawasi. Tidak sedikit manusia yang "Terlajak " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini lebih halus ,lebih sukar dikesan dan lebih mesra. 

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa "Ipar-duai itu adalah MAUT" iaitu " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . 

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : Ertinya : Daripada Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a, Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ("Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " ), maka bangunlah seorang lelaki daripada Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? ". Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " ). ~ Hadis sahih diriwayatkan olehal-Imam al-Bukhari rh(9/5232 ) dan al-Imam Muslim rh (4/2172) . 

Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh (3/1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh (Al- Jamie? as-Soghir : 2905). Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita . 

Namun jika aman daripada sebarang bahaya (apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang), maka Tidaklah Mengapa tinggal serumah dengan mereka . Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa daripada musibah yg x diingini.... Amin Ya Rabbal Alamin. 

Share:
loading...

Artikel Terbaru

Labels

Translate

Labels

Babab.NeT-

Jumlah PelawaT