BloggesT-

.

loading...

Saturday 30 July 2016

Punca-punca Mengapa Lelaki Tidak Curang Terhadap Pasangan


Ya, ramai lelaki yang curang dengan pasangan mereka. Tapi tak bermakna semua lelaki sama dan akan berlaku curang.

Tak boleh la nak buat andaian macam tu. Masih ada lagi insan bernama lelaki yang setia dengan pasangan.

Tapi, apa sebabnya lelaki setia ni tak pernah curang? Berdasarkan kajian, 8 sebab ini jadi punca kenapa lelaki terus setia.


1. Curang Adalah Untuk Lelaki Yang Penakut

Lelaki setia berpendapat, hilang kelakian seorang lelaki jika mereka curang dengan pasangan. Jika ada rasa tidak puas hati dengan pasangan, lebih baik berbincang bukannya 'Curang'.


2. Lelaki Setia Pegang Pada Janji

Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mereka akan berpegang pada janji sewaktu akad nikah. Lelaki setia akan menjaga pasangan sebaik mungkin kerana sudah berjanji pada ibu bapa juga.


3. Mereka Pernah Rasa Kesakitan Tersebut

Lelaki yang pernah dicurangi oleh pasangan, atau mungkin bapa pernah curang dengan ibu mereka. Lelaki tidak akan sesekali menyakiti hati wanita dan akan setia.


4. Jika Lelaki Itu Curang, Maka Tiada Cinta

Lelaki setia berpendapat, jika seseorang lelaki itu curang, bermakna tiada lagi cinta sejati.


5. Lelaki Setia Mampu Kawal Diri Mereka

Kadang-kadang lelaki curang untuk cari keseronokan. Tapi, jika lelaki itu tahu bahawa berlaku curang bukanlah sesuatu yang sihat, mereka mampu mengawal diri sendiri.


6. Mahu Beri Contoh Yang Baik Pada Anak-Anak

Lelaki mana yang inginkan anak-anak mereka menyakiti insan bernama wanita? Jadi, lelaki setia tidak akan berlaku curang supaya anak-anak mampu ikut contoh yang baik.


7. Rasa Hormat Dan Belas Kasihan

Lelaki setia akan sentiasa hormat pada pasangan mereka dan sentiasa ada rasa belas kasihan supaya tidak sesekali berlaku curang.


8. Takut Untuk Berlaku Curang


Ya, ada lelaki yang mengaku bahawa mereka takut untuk berlaku curang. Sebagai contoh, mungkin mereka akan diugut oleh kekasih gelap mereka. Boleh menjerat diri.


SUMBER: dak caii
Share:
loading...

Artikel Terbaru

Labels

Translate

Labels

Babab.NeT-

Jumlah PelawaT