BloggesT-

.

loading...

Wednesday 27 July 2016

Kereta Api Paling Laju Di Dunia


Walaupun kelihatan bentuknya yang agak pelik tapi kereta api Maglev Jepun telah memecah rekod baru yang dimilikinya sebelum ini sebagai kereta api yang paling laju di dunia pada 21 April 2015. Kereta api peluru itu bergerak pada kelajuan 603 km/jam (374mph) dan mengekalkan kelajuan melebihi 600km/jam hampir 11 saat menurut syarikat JR Central.

Rekod baru itu dicatat kurang seminggu selepas tren syarikat berkenaan mencecah kelajuan 590km/jam (370mph) sekaligus memadam rekod lamanya yang dipegang pada Disember 2003 iaitu 581km/jam (361mph).
Sumber : straitstime
Buat masa ini, kereta api masih hanya prototype sebagai Japan Railways masih menguji model ini. JR Central mahukan kereta api Maglev beroperasi pada 2027 melibatkan laluan sejauh 286 kilometer yang menghubungkan kota raya Tokyo dengan bandaraya Nagoya, tengah Jepun.
Bagaimanapun kos pembinaan laluan Maglev amat tinggi dengan laluan ke Nagoya menelan belanja sebanyak AS$100 bilion manakala 80 peratus laluan tersebut melibatkan perjalanan di dalam terowong.

Share:
loading...

Artikel Terbaru

Labels

Translate

Labels

Babab.NeT-

Jumlah PelawaT