BloggesT-

.

loading...

Sunday 31 July 2016

Rooney mahu Pogba pulang ke MU

Rooney mahu Pogba kembali ke Old Trafford
Rooney berasakan Pogba masih ada tugas yang perlu diselesaikan bersama The Red Devils. - Gambar fail
Kapten Manchester United, Wayne Rooney, teruja dengan kemungkinan Paul Pogba kembali ke Old Trafford.

Pogba meninggalkan United untuk menyertai Juventus pada tahun 2012, namun gergasi Liga Perdana Inggeris itu dipercayai sedang dalam proses menandatangani pemain berusia 23 tahun itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu kemudian meraih empat kejuaraan Serie A di samping membantu Juventus mara ke final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2015.

Bagaimanapun, Rooney berasakan Pogba masih ada tugas yang perlu diselesaikan bersama The Red Devils.

"Dia antara pemain yang apabila kamu menghadapinya ketika sesi latihan, dia akan mencederakan kamu tanpa sengaja.

"Dia akan melanggar kamu dengan lututnya, tetapi saya tidak rasa dia sengaja melakukannya kerana perkara begini tidak dapat dielak.

"Saya tidak sabar untuk menghadapi semua itu semula! Namun, dia memiliki kemampuan yang baik, dan permainannya telah meningkat sejak menyertai Juventus.
"Saya harap dia mahu kembali ke United dan membuktikan dia seorang pemain bertaraf dunia. Jika dia teruja untuk bermain dengan kami, kami tidak sabar dengan kepulangannya," jelas Rooney.
Share:
loading...

Artikel Terbaru

Labels

Translate

Labels

Babab.NeT-

Jumlah PelawaT